Sunday, December 5, 2010

Hari Yang Betuah!~

Hidup kita ni, memang tidak dapat dijangka. Penuh dengan surprise. Tapi tak semestinya hal yang baik lah. Kejadian hari ni membolehkan saya tersenyum sepanjang hari. Haha. Seperti biasa, pada hari Ahad, kami sekeluarga akan pergi bersiar-siar. Hari ini kami telah ke Suria Sabah. Semasa nak parking kereta, secara kebetulan saya memandang keluar dan terlihat sekeping RM 10 di atas jalan. Keadaan di luar hujan renyai-renyai. Saya terus menjerit , "Ada 10 Ringgit di luar sana!". Bapa saya cakap, "Cepat pergi kutip!" Mama saya pula terkejut. Dia ingat ada polis sebab cara teriak saya sangat bikin orang terkejut.

Seperti yang saya cakap, hidup kita penuh dengan surprise dan sememangnya pendek saja. Namun kita tidak perlu tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu. Pada tempo atau had laju yang sederhana dan constant adalah yang terbaik. Janganlah buat kerja last minit. Saya ni jenis orang yang ada cara tersendiri dalam membuat kerja. Tidak suka sesiapa menggesa atau ubah cara saya buat kerja. Pihak yang ingin bekerjasama dengan saya mestilah ikut rentak bekerja saya. Jangan terlalu lambat atau terlalu laju. Kalau sendiri yang terlambat, dan mahu kejar balik, jangan sesekali gesa saya. Kemarahan saya pasti naik! Saya memang pelik. Jangan hairan, sebab itu memang gaya saya.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.