Tetapi akhir-akhir ini, sekolah semakin kuat meminta wang untuk ini dan itu.
Sedangkan kita bayar sudah banyak time pendaftaran.
Parents kami tak cetak wang.
Cubalah memahami.
Kalau tiada duit, tak payahlah adakan ini dan itu.
Minta duit dari pelajar, bukan pelajar dapat kebaikan pun.
Kebanyakan macam tak berbaloi untuk dilakukan.
Mengapa koridor perlu diletak tiles, sedangkan kelas pun belum bertiles?
Mengapa tidak menambah telefon awam untuk kegunaan pelajar, tetapi sebaliknya memasang air-cond di dewan yang jarang sangat digunakan?
Bukannya kami membangkang perubahan dan peningkatan infrastuktur di sekolah,
sememangnya kami suka sekolah kelihatan moden, cantik dan bertaraf tinggi.
Tetapi, cubalah buat perubahan yang lebih tersusun mengikut keperluan warga sekolah.
Kami juga tertanya mengapa perlu memberikan kami tuisyen yang wajib dan berbayar?
Kami hairan mengapa exam classes diberikan begitu banyak tugasan lain lagi sedangkan kami perlu focus pada exam besar pada akhir tahun?
Mengapa perlu mengadakan aktiviti di luar sekolah seperti di hotel, sedangkan bayarannya mahal, dan kami perlu membayar? Buang masa pula tu..
Kami langsung tak faham dengan semua perancangan sekolah.
Adakah perancangan mereka ni semata-mata untuk berkelihatan sangat berkelas di mata masyarakat?
atau
Sebenarnya sedang memberi manfaat kepada kami?
Kami binggung.
Yang pasti, kami tahu terlalu banyak yang perlu dibayar.
Selagi kami mampu, pasti dibayar.
Macam mana pula dengan yang lebih kurang berupaya?
Kami diajar dan diberitahu supaya jangan ada tabiat yang suka meminta dengan kawan.
Terutama minta duit or makanan.
Walaupun miskin, jangan ada tabiat sebegitu.
Kalau ada masalah kewangan, boleh rujuk dengan guru kebajikan.
Jadi, apa bezanya yang sekolah sekarang meminta wang daripda kami?
Nanti kami minta dari guru kebajikan untuk bayaran sekolah ni.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.