Walaupun hanya supermarket GIANT saja yang dibuka hari ini, namun tetap ramai yang ingin berkunjung ke situ. Maklumlah, orang ramai suka dan tertarik pada benda yang baru. Selain GIANT, Guardian juga turut dibuka pada hari ini dan sentiasa berada di sebelah GIANT.
Melihat pada gambar di atas, sudah kita dapat tahu ramai yang berpusu-pusu untuk masuk ke GIANT. Ini kerana tiada seorang pun yang mahu ketinggalan promotion yang diadakan pada hari pertama pembukaan. Apalagi, GIANT yang sentiasa menawarkan harga barangan yang murah dan segar.
Tetapi di sebalik kesibukan para pembeli, ada juga pemandangan yang kurang elok untuk dilihat (gambar di bawah). Entahlah kerja siapa ni.
Selain itu, perhiasan di bahagian menjual telur ayam sangat menarik perhatian saya. Ini merupakan keistimewaan yang hanya boleh didapati di GIANT.
Gambar di bawah pula adalah pandangan dari dalam MEGALONG ke kedai-kedai di pekan Donggongon, sememangnya jaraknya sangat dekat. Di tengah-tengah gambar merupakan Tugu Peringatan Datuk Peter Mojuntin, seorang tokoh yang amat terkenal di Donggongon.
Nampaknya, pekan Donggongon yang kecil sudah semakin membangun.
. . MEGALONG . .
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.