Thursday, July 19, 2012

Rombongan Koir Donggongon ke KKR TJC Sipitang

Pada 14-15 Julai 2012 yang lalu, Koir Donggongon berpeluang untuk melawat sambil membuat persembahan kidung pada malam Kebaktian Penginjilan Kidung di KKR TJC Sipitang. 

Kami mula berkumpul di TJC Donggongon seawal jam 11.30am dan berdoa sebelum bertolak. Cuaca tidaklah begitu memuaskan. Mulanya hujan renyai-renyai. sekitar jam 12.45pm hujan semakin lebat, tetapi tidak menghalang kami untuk meneruskan perjalanan. Rombongan kali ini disertai seramai 21 saudara & saudari.    
Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan. Yang ini kumpulan 1.

Kumpulan ke-2. Dan 1 lagi kereta sendiri.

.Sampai di Pekan Sipitang, kelihatan cuaca di luar yang masih hujan.


Setelah perjalanan yang mengambil masa selama 3jam ++, akhirnya kami dengan selamatnya tiba di TJC Sipitang. Masa tu kira-kira jam 4pm.
.Syukur, tiba di TJC Sipitang.


 Kami semua pun mengatur langkah memasuki aula gereja. Pada ketika itu sedang disampaikan khotbah untuk Sesi Doa Mohon Roh Kudus.

Selepas Sesi Doa Mohon Roh Kudus, makan malam pun dihidangkan.
.Kelihatan semua berselera menikmati makan malam yang disediakan oleh pihak gereja Sipitang.



Setelah makan malam, para ahli koir pun bersiap sedia untuk membuat persembahan pada malam tersebut. Semua ahli koir telah diminta untuk berkumpul di dalam aula gereja pada jam 6.30pm untuk latihan pernafasan dan suara. 

.Tema KKR TJC Sipitang : Kasih Yesus Mengubah Hidupku.

.Aturcara Persahabatan Melalui Kidung.

.Ahli-ahli Koir Donggongon yang serba purple.

.Saudara-saudara ahli Koir Donggongon.

.Muka-muka ahli Koir Donggongon.


Tepat pada jam 7.30pm, kebaktian pun dimulakan dengan nyanyian kidung dan doa yang dipimpin oleh Pdt. Lazarus. Seterusnya, persembahan koir pun dimulakan..

Kumpulan koir 1 : Koir Mawar Saron

Kumpulan Koir 2 : Koir Grape

Kumpulan Koir 3 : Koir Donggongon

Kidung yang dipersembahkan :
1. Ku Dengar Suara Yesus
2. Tuhan Beri Sejahtera
3. Merindui Kota yang Kekal

.Semuanya memuji dengan suara yang merdu & penuh semangat.

Seterusnya, khotbah ringkas yang disampaikan oleh Pdt. Yosua Gusti & 
penterjemah BM -> BI oleh sdri. Emieliah.

Aturcara pada malam tersebut diteruskan dengan Sing Along kidung 237 iaitu Sejak Yesus di Hatiku.

Bagi semua yang hadir pada kebaktian penginjilan malam tersebut, kami telah membentuk sebuah kumpulan koir yang besar. Kami telah menyanyikan kidung Sejak Yesus di Hatiku (237)

Kumpulan Koir 4 : Koir Asaf (Tinuhan)

Kumpulan Koir 5 : Koir Betlehem

Group Photo Koir Donggongon
(kiri-> kanan)
baris 1 (saudari) : Doris, Lee Yun, Catherine, Aljalisneh, Aljaliskah, Jallnesey, Candy, Kim
baris 2 (saudari) : Jennifer, Rose, Margaret, Christine, Yen Ting, Yen Li, Vui Ha, Kun Ying
baris 3 (saudara) : Henry, Asher, Yun Ping, Melchizedek

Kim & Mummy

bersama dengan sdri Rozie Mudi (TJC Sipitang) :)

di depan TJC Sipitang (night view)

Selepas kebaktian, kami telah keluar berjalan-jalan di sekitar pekan Sipitang dan di Esplanade. Juga makan satay dan ketupat di gerai.








Pada pagi Ahad (15 Julai 2012), seawal 6.30am Sesi Doa Pagi dimulakan yang dipimpin oleh Pdt. Lazarus. 



.bergambar di sekitar TJC Sipitang.



.Sarapan Pagi.

.one last group photo before we leave.

.bye2 to Sipitang. Sampai kita bertemu lagi.

Perjalanan pulang Donggongon pun diteruskan. 1st stop, Pekan Beaufort.
.Mercu tanda Beaufort: Limau Bali @ Pomelo.

.Sekitar Beaufort.

Next stop : Pekan Membakut. Jalan-jalan di tamu Membakut


Lepas tu singgah di Kedai Kopi Chuan Huat, Membakut minum-minum dulu.
Kedai kepada kakak Sdri Kun Ying.



.Semua yang menikmati pau, biskut, kuih dan teh.

Last stop, Beringgis Beach Resort... Jalan-jalan lihat pantai..
Lepas tu terus balik TJC Donggongon, doa syukur pada Tuhan atas penjagaanNya di sepanjang perjalanan kami.. 

Harap ada lagi trip sebegini pada masa kelak untuk menjalinkan persahabatan :)