Saturday, June 30, 2012

Visit To Upside Down House (Rumah Terbalik)









Tuesday, June 5, 2012

Persahabatan Belia Seluruh Negeri Sabah 2012

Hi! Sebelum masuk dalam cerita pengembaraan saya ni, elok dulu diberitahu butirannya.
Btw, post ini akan bercampur Malay & English. Lama sudah ni tak cerita panjang-panjang ni, macam tulis esei.

Persahabatan Belia Seluruh Negeri Sabah 2012
Tarikh : 30 Mei - 2 Jun 2012 (4 hari 3 malam)
Tempat : TJC Kuhara, Tawau
Tema : Sasaran 40

Poster SYF

So, let's get started. I bet semua yang ada ikut persahabatan ni ada cerita, pengalaman, sweet & bitter moments sendiri kan?? Paling penting, setiap kita ada merasai perlindungan dan kasih Tuhan sepanjang tempoh persahabatan itu. Saya pun ada cerita part saya sendiri. Hehe..

30 May 2012, Wednesday (1st day) : Seawal 7 pagi lagi para belia dari Zon Pantai Barat yang ikut bas ke Tawau sudah berkumpul di TJC KK. Ada yang dari KK, Penampang, Donggongon, Putatan, Menunggang, Beaufort, Kota Belud, Asia City, Kolombong & Kelangsat. Semua pun sudah tak sabar. Takut terlewat sampai pun ada, sebab jam 7.30pm ialah opening ceremony di TJC Kuhara, Tawau. Dengar kata perjalanan  KK -> Tawau 10 JAM. 

Semua pun masuk doa dalam aula gereja sebelum bertolak. Pagi tu, ada hujan sikit. Around 7.30am semua sudah naik bas dan tunggu untuk bertolak! Masa tu, kira-kira ada 25 orang dalam bas. 

ini dia ketua rombongan kita a.k.a tour guide, Bro. Joe Chung

suasana meriah dalam bas. Ada sesi berkenalan lagi :)

Tak lama kemudian, kita singgah di  Pekan Telipok, 2 saudari naik, so 27 orang sudah sekarang. Terus, kami singgah di TJC Tuaran lagi. Ada beberapa kawan yang naik. Rasanya ada 6 orang. TJC Tuaran juga sediakan breakfast untuk semua yang dalam bas tu.

Breakfast yang disediakan TJC Tuaran + ada bun juga..


Bas Persiaran Borneo Tropical Holiday SAB 3131D

Perjalanan diteruskan dan singgah lagi di TJC Tamparuli. Ada seorang saudari yang naik bas lagi. Perjalanan pun diteruskan sampai di Pekan Nabalu. Stop sebentar, turun ambil gambar dengan Gunung Kinabalu.

me with the majestic Mount Kinabalu


view of Mount Kinabalu from Nabalu Town
from left : Nana, Kak Linda, Florida

us with the Mount Kinabalu..

Tanpa membuang masa, perjalanan harus diteruskan. Kami singgah lagi di Pekan Ranau untuk 3 orang saudari join kami dalam bas. Sekarang semua dalam bas sudah. Untuk makan tengah hari, pemandu bas pun singgah di Long Long (sebelum Telupid). Di sini ada kedai makan Cina & Melayu. Erm, agak mengecewakan, pilihan makanan tak banyak. Dan, harga tak berpatutan pula tu. Sepatutnya, kalau upgrade tempat ni, ramai pelancong pasti singgah makan di sini. 

inilah tempatnya Long Long Restoran

Setelah rehat dalam setengah jam, semua pun dah kenyang (actually half kenyang saja) perjalanan pun diteruskan. Masa ini kira-kira jam 1.30pm sudah. Perut dah kenyang, semua pun mahu tidur sudah. Ingatkan dapat tengok tv dalam bas, tapi mengecewakan juga. CD tak berfungsi pula.

Tiba-tiba, semua pun terbangun, traffic jam lah pula. Dekat Kinabatangan. Kami terperangkap dalam traffic jam kira-kira 30 minit. Ah, tengok gambar tu di bawah. Rupanya ada accident sana depan. 


Dalam jam 4.30pm, bas pun jalan non-stop, kecuali singgah tandas lah. Sebab takut lewat. Dalam bas tiada aktiviti, kecuali tidur, dengar muzik, cakap-cakap saja. 

Hah! Malam sudah, ini kira-kira jam 7pm. Hujan renyai-renyai di luar juga masa ni. Lepas tu ada juga hiburan kami, ada ni seorang saudara yang bawa kami menyanyi. Barulah tak rasa bosan. Bas pun macam ada laju sudah. Hahaha!! 

Nah, akhirnya sampai juga ke destinasi : TJC Kuhara Tawau. Around 8.30pm.. Masa ni kami nampak dalam aula gereja sedang berlangsung opening ceremony, ada persembahan koir. Kami tak sempat masuk pun.

Kami terus diiring ke bahagian ruang makan untuk makan malam. Ini dia makan malam kami :) Syukur!

Bahagian asrama, ruang makan dan dapur

Lepas makan, daftar dulu. Ambil nametag, t-shirt, buku & daftar masuk bilik. Kami juga diambil gambar individu. Then, tepat jam 9pm bermula lah activity ice-breaking and fellowship. Aktivitinya 2 saja. Yang 1st : Find Your Soulmate, 2nd : Psychic Thinking (something gitu la). Habis sudah fellowship, jam 10pm makan supper then doa and tidur.. End of 1st day :) 1 more thing, kami 13jam++  dalam bas. 


31 May 2012, Thursday (2nd day) : Bermulanya 2nd day. Bangun awal pagi (5.30am) semua pun bersiap sedia. Masuk aula gereja untuk sesi doa pagi (6.30am -> 7.15am)
Sesi doa pagi yang dipimpin oleh Sdra. Chew Min

After morning prayer, breakfast (7.15am -> 8.00am) sedap:) Setiap kali lepas makan, jangan lupa bertugas ya.. 



 Sebelum kuliah bermula, pimpin kidung oleh Sdri. Leong Yan Ping & Pianis Sdri Chang Sze Yung 

Sesi Kuliah 1 : Pertumbuhan Pra-40
Penceramah : Pdt. Thomas Fung
1. Pertumbuhan Konsep Nilai
2. Pertumbuhan Firman
3. Pertumbuhan dalam hal melakukan Firman
4. Pertumbuhan kerohanian

Haleluya! my name is Kimberley Yapp
I'm in the PINK Group :D

time rehat, kami pun bergambar..
from left : Florida, Nana, Paulinda, Chung Hsu Tze

tukar gaya pula (tutup muka dengan buku : cadangan Sis. Hsu Tze)


kami punya nametag.. berbaris ikut warna kumpulan 
pink, oren (apa ko rasa??) & kuning


Kuliah 2 & 3 diteruskan oleh Pdt. Thomas Fung juga 

 Sebelum makan tengah hari, ada sesi doa yang dipimpin oleh Pdt. Thomas Kam



Pada jam 1.30pm , start hymnal session. Kita orang belajar nyanyi lagu tema SYF 2012.
Lagu Tema SYF 2012 : Jalan 路 composed by Bro. Andy Chin

Lepas nyanyi-nyanyi, ada Telematch pula. Semua pun ada group masing-masing. Pink, Oren, Kuning & Hijau.
Kelihatan semua pun bersemangat mahu kasi menang team masing-masing.


Selesai telematch, semua makan malam, mandi and siap sedia untuk bengkel (jam 7.30pm)

Dalam sesi bengkel kali ini yang dipimpin oleh Sdra. Wai Pui Kuin, 3 soalan telah diberikan. Setiap kumpulan harus menjawabnya dan selepas itu jawapan dibentangkan.

Soalan :
1. Bagaimana membuat para belia mempunyai perasaan dimiliki (perasaan kekitaan)?
2. Pada pendapat anda, apakah masalah yang dihadapi oleh belia di gereja tempatan anda? Bagaimanakah anda menyelesaikannya?
3. Apakah harapan anda terhadap persahabatan belia?

me & Ernest : Kumpulan PINK bah kami ni

Membentang jawapan sesi bengkel yang diwakili oleh Sdra. Sylvester untuk Kumpulan Pink

Habis sesi bengkel, supper pun tersedia. Lepas supper doa & tidur. 
End of 2nd day yang penuh dengan ketawa :)


1 June 2012, Friday (3rd day) : Seperti biasa, bangun awal pagi then siap sedia untuk doa pagi.
Sesi doa pagi yang dipimpin oleh Sdra. Minir

Kuliah : Beribadahlah Kepada Allah Yang Menjadi Gembala Seumur Hidupku
Penceramah : Pdt. James Yapp

"Sasaran 40"
Garis tamat? Matlamat? Titik peralihan?

Kita adalah paling berharga (Zaman Keemasan) ketika berumur 20-60 tahun

Pendeta James Yapp : Siapa mahu RM100 ni?

di depan TJC Kuhara, Tawau :)

Sesi doa pimpinan Pdt. Neria

 Jam 1.30pm semua berkumpul dalam aula gereja untuk Group Photo. Semua dengan T-shirt SYF 2012 yang berwarna hitam + oren!
me & Kak Paulinda

with Florida

mengatur posisi bergambar..

Belia Zon Pantai Timur

from left : Elsie, Paulinda & Kim (me)

Lepas group photo, fellowship again. Kali ini games yang melibatkan minda! Yang saya ingat ada, A to Z & A Walk To Remember.

Malam pula ada Hymnal Appreciation Night dari jam 7.30pm hingga 9.00pm.
Sing along yang dibawa oleh para belia Subzon KK
1. Marvelous Love
2. Aku Mau Memuji Tuhan

Persembahan Koir belia Subzon Tawau


Koir Kedamaian

Persembahan Koir oleh Pensyarah & Pekerja Suci dengan Kidung Bilangan 380




Inside view of TJC Kuhara



Banner SYF 2012 : SASARAN 40

keluar supper bersama belia TJC Tawau + TJC subzon KK

Terima kasih tak terhingga yang membawa kami round bandar Tawau & minum supper

2 June 2012, Saturday (4th day) : huh! Last day sudah. Semua belia dari Zon Pantai Barat ready packing mahu balik KK sudah. Tapi tetap ikut sesi doa pagi dulu. Pagi tu, sesi doa dipimpin oleh Sdra. Edward. 


Lepas doa pagi, makan breakfast. Sebelum bertolak, thank you & bersalaman dulu dengan belia Tawau, bahagian dapur & para pendeta & diaken.

Tepat jam 8pagi, bas kita orang bertolak untuk melawat 3 buah gereja lain di Tawau.

1st church : TJC Megah Jaya








2nd church : TJC Balung
(design luar macam TJC Tuaran)

(design dalam macam TJC Kolombong pula)




gambar di sini-sana untuk kenangan bersama :)


3rd church : TJC Serudong Baru







Setelah melawat 3 buah gereja di Tawau, kami terus bertolak ke Lahad Datu. Kami akan ikut Kebaktian Sabat jam 2pm di TJC Lahad Datu.

Dalam bas, tiada buat apa-apa. Ambil gambar, sembang-sembang & rehat..

I Love You With The Love Of The Lord :)
Kidung yang dibawakan oleh Zon Pedalaman

Tepat jam 1pm, sampai pun di TJC Lahad Datu 
(design macam TJC Penampang)

makan tengah hari yang disediakan di TJC Lahad Datu

 Lepas makan, lawat sekitar kawasan church. TJC Lahad Datu ada 3 tingkat. Ground floor : aula gereja & dapur, tandas. 2nd floor : Library 3rd floor : Kelas / asrama

Library


Kebaktian Sabat TJC LD
Daripada Kekurangan Kepada Berkelimpahan

Dn. Levi Chong & Penterjemah : Sdri. Tang Yen Chin


Selesai Kebaktian Sabat, cakap bye-bye dengan TJC Lahad Datu. Bas pun full-speed ahead pulang KK. Dalam bas semua pun nyanyi. Nyanyi banyak lagu, terus ada lagi yell SYF, TJC versi English & BM, ketawa-ketawa. Kiranya persahabatan lah.
Syukur puji Tuhan, perjalanan pergi dan balik kami disertai dan dilindungi Tuhan. Semua kami pun sangat enjoy dan pastinya akan merindui setiap saat di Persahabatan Belia Seluruh Sabah 2012 ini. Malam tu, kira-kira jam 11pm kami semuanya selamat sampai di TJC KK. So, jumlah masa yang diambil pulang ke KK dari Tawau = 15 jam ++..

Segala cenderamata kenangan dari Tawau + Lahad Datu :)


Jumpa lagi semua, Emmanuel! :)  

Ingin lihat lebih banyak gambar? Klik sini  TJC Sabah Statewide Youth Fellowship 2012

Kimberley Yapp Kim Yi ~ SYF Tawau 2012